Sunday 31 July 2011

kisah hidup saya

Tuhan mengerti apa yang sempurna bagi kita.

cerita renungan ini saya buat berdasarkan kisah san pengalaman saya sendri. saya merupaka anak keenam dalam keluarga dan juga merupakan anak sulung lelaki.. oleh kerna itu, harapan untuk keluarga kepada saya amat lah tinggi. semasa persekolahan kedua ibubapa saya mengharapkan saya akan menjadi seorang doktor di masa akan datang. oleh itu saya telah bekerja keras untuk memenuhi impian keluarga saya. dalam usaha mencapai impian ibubapa saya, saya juga selalu berdoa kepada tuhan supaya tuhan dapat menolong saya untuk mencapai impian itu.



Doa pertama saya telah dikabulkan. diamana saya berdoa agar saya dapat memasuki kelas sains semasa tingkatan 4 dan juga tingkatan 5. dan puji tuhan saya tidak pernah berhenti memuji tuhan dan juga berdoa kepada tuhan. namun setelah keputusan SPM keluar, saya mendapat keputusan yang agak baik namun saya tidak berjaya memasuki kelas sains semasa tingkatan 6 kerana saya telah dimasukkan dalam kelas geografi oleh pihak pengurusan sekolah. disini saya amat sedih dan berfikir sebentar. kenapa doa2 ku tuhan tidak kabul kan.,..perasaan goyah ataupun ragu2 mempercayai tuhan lahir sedikit demi sedikit di dalam hati ini. saya telah mengahabis kan 2 tahun untuk menyempurnakan pembelajaran saya dalam tingkatan 6..dalam 2 tahun itu saya amat lah sedih kerana tidak dapat mengkabulkan impian ibubapa saya..

selesai pengajian tigkatan6, puji tuhan saya mendapat keputusan stpm yang bagus.seperti biasa saya telah menggunakan kepusan spm dan stpm saya bagi memasuki mana2 ipts dan juga ipta.mungkin telah dirancang oleh tuhan, semasa saya memasuki email yahoo saya. satu iklan sekolah sains telah di iklan kan di home page yahoo. walaupun saya tahu, saya tidak layak untuk memohon mana2 bidang di sekolah itu namun saya hanya mencuba, didalam borang tersebut saya telah memasuki keputusan spm dan stpm saya..saya telah memilih bidang ijazah perubatan dan pembedahan (MBBS). saya tidak meletakkan harapan yang tinggi kerana saya tahu, saya memang tidak akan dapat masuk ke university tersebut.

namun pada tanggal Mac 2009 pihak university tersebut telah menghubungi saya dan menyatakan saya telah terpilih mengikuti program MBBS mereka. namun dengan syarat saya haruslah menghabiskan pengajian selmaa 6 tahun, dimana setahun mereka memasukkan saya didalam kelas faundation of biologi and medical health dan 5tahun mengikuti pengajian kedoktoran. tanpa berfikir panjang saya telah menerima tawaran itu. kedua ibu dan bapa sy amat gembira. mereka sempat membuat sembahyang syukur sebelum saya pergi melanjutkan pelajaran

pada hujung bulan mac 2009. saya telah terbang ke shah alam untuk mengikuti program tersebut. semasa di sana, saya amat gembira kerna dapat menolong orang2 yang datang ke hospital. namun saya hanya bertahan selama 3 semester kerana, dengan alasan saya tidak mampu berjauhan dengan keluarga terutama nya my mumy n dady. saya tahu alasan itu tidak boleh menjadi satu alsan yang kuat yang boleh menyebabkan saya berhenti. namun ini lah kesan nya jika tidak pernah berjauhan dengan keluarga.

setelah berhenti sekolah disana, jelas ternyata dimuka kedua ibu bapa dan adik beradik saya yang mereka kecewa dengan saya. pada masa itu saya amatlah bersedih dan tidak tahu apa yang hendak dilakukan. saya telah menjadi pengangur selama 2 minggu. kerana setelah beberapa hari kemudian puji tuhan saya telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dlam bidang pendidikan TESL. dan tempat pengajian tidak lah jauh daripada daerah saya. saya amat gembira dan ibubapa saya turut gembira.

disini baru lah saya berfikir. tuhan bukannya tidak mengkabulkan doa saya..namun tuhan telah merancang apa yang baik untuk saya. namum saya bersyukur walaupun saya tahu untuk menjadi doktor itu amat susah, tuhan dengan baik hati memberi saya peluang untuk menjadi doktor wlaupun hanya 3 semeser sahaja.dan kini saya merupakan pelajar tahun kedua pengajian ijazah pendidikan TESL dan saya amat bersyukur kerana ibubapa dan adik beradik saya menyokong saya dalam bidang ini.

2 comments:

  1. :D
    God is always good and He knows what is best for every one of us.
    All the best in every thing that you do and God bless you everday.
    ^_^

    ReplyDelete